Saturday, August 20, 2011

Alternatif Jadual Hari Raya Keluarga Sa'adah


Salam kekanda dan adinda semua, berikut adalah cadangan jadual hari raya kita semua yang telah disediakan oleh Cik Non.  Moga-moga kita dapat laksanakannya.  Insya Allah.

 
HARI RAYA USRAH SAI’EDAH 2011 (1432 H )
TARIKH : BERMULA 2 SYAWAL – 4 SYAWAL 1432 H
LOKASI : HOMESTAY USRAH SAI’EDAH bakri
MOTTO : UKHUWAH  ERAT, MAHABBAH TERPAHAT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudara-saudariku yang dihormati dan disayangi sekalian.
Satu perbincangan dan persetujuan telah dibuat pada 13 Ramadhan 1432 H mengenai majlis yang dirancang sepertimana di atas.
Tentatif majlis  yang dicadangkan  adalah seperti butiran berikut :

2 SYAWAL 1432 H :
PETANG : Berkumpul di Homestay Usrah Sai’edah
MALAM :- Solat Maghrib berjamaah.
-      TAHLIL  UNTUK EMAK DAN ABAH
-      Solat Isya berjamaah
-      Marhaban , sesi fotografi keluarga dan jamuan malam

3 SYAWAL 1432 H :

PAGI : - Sarapan pagi
-      Ziarah mahabbah sempena hari raya ke rumah ibu saudara sebelah abah.
-      Ziarah mahabbah sempena hari raya ke rumah adik beradik di Muar ( Bang Uda, andak dan adik )
LEWAT PETANG : Ziarah teratak acik di Serom 3
MALAM : BBQ di rumah acik dan menginap di serom 3.

4 SYAWAL 1432 H :

PAGI : - Sarapan pagi
-      Bergerak ziarah mahabbah raya ke Segamat.
-      Tiba di rumah Bang Din dan Kak Fuadah
-      Rumah kedua , Kak Long Rohaizah
-      Rumah ke tiga, Bang Ngah Rosli dan Kak Ngah Linda
PETANG : - Bergerak ke Johor Baharu ( rumah Pak Lang dan Mak Lang )
-      Bergerak ke Kluang ( rumah Uteh Fuad dan Kak Uteh Fuziah Hanum )
-      Bergerak ke rumah Pak Anjang Yazid dan Mak Anjang Lela
-      Bergerak balik destinasi masing-masing.

Untuk makluman dan panduan saudaraku sekalian, ini hanya cadangan dan pendapat kami. Andai ada yang tidak berkesempatan mengikuti program ziarah ini, kami tidak memaksa. Hanya sekadar harapan, dapatlah sekiranya sama-sama berkumpul meluangkan masa  untuk menjayakan program ini sekurang-kurangnya ketika berkumpul di homestay usrah Sai’edah pada 2 – 3 Syawal.
 Segala perhatian dan pertimbangan saudaraku sekalian amatlah diharapkan, dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

BUTIRAN MENU :

2 malam 3 Syawal : - Nasi putih pandan wangi, sardin terbaik, bening soh hon  tahu kering seger, sayur cambah goreng marveles, sambal tempe ngamplek, ikan kering best, telur dadar/mata kerbau , teh ‘o’, kopi ‘o’.

Pagi 3 Syawal : Nasi goreng kampong, mi hoon spesial, jemput-jemput kaw-kaw, donat gebu baik punya, kopi ‘o’, teh tarik 3 lapis, teh ‘o’.

Malam 4 Syawal : - BBQ ikan kembung sihat, cencaru ok, pari anak, udang, sotong, kerang + nasi goreng kampung

Pagi 4 Syawal :   Nasi lemak kurang kolesterol, sambal tumis, telur dadar mayounis, teh tarik banyak buih, kopi ‘o’, teh ‘o’, Nescafe tarik 4 lapis.

 Ini sekadar perbincangan, segala perubahan boleh berlaku bergantung kepada kekangan masa dan bahan mentah.

Semoga perancangan ini menjadi kenyataan dan dapat dilaksanakan dengan jaya atas sokongan padu semua pihak ahli Usrah Sai’edah yang tercinta.

Salam hormat….

“ SELAMAT MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN, SEMOGA CLEAR SEMUANYA, TIADA YANG TERSELIT WALAU SEKECIL HAMA .
 KEMAAFAN KALIAN HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA “

Sayang Selalu, sayang selamanya :



                                                                                     
( ACIK NOR YAZIDAH )
14 RAMADHAN 1432 H

1 comment: