Saturday, August 20, 2011

Alternatif Jadual Hari Raya Keluarga Sa'adah


Salam kekanda dan adinda semua, berikut adalah cadangan jadual hari raya kita semua yang telah disediakan oleh Cik Non.  Moga-moga kita dapat laksanakannya.  Insya Allah.

 
HARI RAYA USRAH SAI’EDAH 2011 (1432 H )
TARIKH : BERMULA 2 SYAWAL – 4 SYAWAL 1432 H
LOKASI : HOMESTAY USRAH SAI’EDAH bakri
MOTTO : UKHUWAH  ERAT, MAHABBAH TERPAHAT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saudara-saudariku yang dihormati dan disayangi sekalian.
Satu perbincangan dan persetujuan telah dibuat pada 13 Ramadhan 1432 H mengenai majlis yang dirancang sepertimana di atas.
Tentatif majlis  yang dicadangkan  adalah seperti butiran berikut :

2 SYAWAL 1432 H :
PETANG : Berkumpul di Homestay Usrah Sai’edah
MALAM :- Solat Maghrib berjamaah.
-      TAHLIL  UNTUK EMAK DAN ABAH
-      Solat Isya berjamaah
-      Marhaban , sesi fotografi keluarga dan jamuan malam

3 SYAWAL 1432 H :

PAGI : - Sarapan pagi
-      Ziarah mahabbah sempena hari raya ke rumah ibu saudara sebelah abah.
-      Ziarah mahabbah sempena hari raya ke rumah adik beradik di Muar ( Bang Uda, andak dan adik )
LEWAT PETANG : Ziarah teratak acik di Serom 3
MALAM : BBQ di rumah acik dan menginap di serom 3.

4 SYAWAL 1432 H :

PAGI : - Sarapan pagi
-      Bergerak ziarah mahabbah raya ke Segamat.
-      Tiba di rumah Bang Din dan Kak Fuadah
-      Rumah kedua , Kak Long Rohaizah
-      Rumah ke tiga, Bang Ngah Rosli dan Kak Ngah Linda
PETANG : - Bergerak ke Johor Baharu ( rumah Pak Lang dan Mak Lang )
-      Bergerak ke Kluang ( rumah Uteh Fuad dan Kak Uteh Fuziah Hanum )
-      Bergerak ke rumah Pak Anjang Yazid dan Mak Anjang Lela
-      Bergerak balik destinasi masing-masing.

Untuk makluman dan panduan saudaraku sekalian, ini hanya cadangan dan pendapat kami. Andai ada yang tidak berkesempatan mengikuti program ziarah ini, kami tidak memaksa. Hanya sekadar harapan, dapatlah sekiranya sama-sama berkumpul meluangkan masa  untuk menjayakan program ini sekurang-kurangnya ketika berkumpul di homestay usrah Sai’edah pada 2 – 3 Syawal.
 Segala perhatian dan pertimbangan saudaraku sekalian amatlah diharapkan, dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

BUTIRAN MENU :

2 malam 3 Syawal : - Nasi putih pandan wangi, sardin terbaik, bening soh hon  tahu kering seger, sayur cambah goreng marveles, sambal tempe ngamplek, ikan kering best, telur dadar/mata kerbau , teh ‘o’, kopi ‘o’.

Pagi 3 Syawal : Nasi goreng kampong, mi hoon spesial, jemput-jemput kaw-kaw, donat gebu baik punya, kopi ‘o’, teh tarik 3 lapis, teh ‘o’.

Malam 4 Syawal : - BBQ ikan kembung sihat, cencaru ok, pari anak, udang, sotong, kerang + nasi goreng kampung

Pagi 4 Syawal :   Nasi lemak kurang kolesterol, sambal tumis, telur dadar mayounis, teh tarik banyak buih, kopi ‘o’, teh ‘o’, Nescafe tarik 4 lapis.

 Ini sekadar perbincangan, segala perubahan boleh berlaku bergantung kepada kekangan masa dan bahan mentah.

Semoga perancangan ini menjadi kenyataan dan dapat dilaksanakan dengan jaya atas sokongan padu semua pihak ahli Usrah Sai’edah yang tercinta.

Salam hormat….

“ SELAMAT MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI, YANG ZAHIR DAN YANG BATIN, SEMOGA CLEAR SEMUANYA, TIADA YANG TERSELIT WALAU SEKECIL HAMA .
 KEMAAFAN KALIAN HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA “

Sayang Selalu, sayang selamanya :



                                                                                     
( ACIK NOR YAZIDAH )
14 RAMADHAN 1432 H

Monday, May 2, 2011

Hari Keluarga Mak Enchik 2011

     Hari Keluarga Mak Enchik Usrah Sa'eidah ke 2 telah diadakan pada 30 April dan 01 Mei 2011 yang lepas bertujuan merapatkan tali silaturraheem antara kesemua adik beradik yang sepuluh orang bersama keluarga masing-masing.  Berikut adalah sebahagian suasana pada hari tersebut.
Petang hari Satu, kenderaan peserta mula tiba


Muzaffar, sedang bersiap-siap untuk BBQ

Adik-adik, SPA...

Layan lagu-lagu retro 60an daripada Radio Melaka FM

Mengintai kenangan lalu...

Pasang banner ke, kebas buah asam?

Menyampaikan hajat orang...

Mengimbas kenangan sewaktu bersama ayah bonda...

Menghayati imbasan...

...sewaktu ayah bonda masih ada...

...masih ada tempat bermanja...

Tabahkan hati...

Cool and sentimental

... rapat dengan Abah...

terlalu sayu hati ini...

Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh mereka...

Hidup mesti diteruskan...

Melayan kerenah anak buah...

Sebelum check out...

Empat oranag je?

Sebelum meninggalkan venue 
Sebahagian kenderaan peserta berbaris semasa menunggu urusan selesai.


Selepas itu, kami ke Felda Palong 3 untuk jemputan.

Tuesday, December 7, 2010

Mana Satu Nak Pilih?

     Salam.  Dah lama tak update blog ini.  Sibuk dengan perkara lain.  Nampaknya rumah gunting adinda Saiful dah hampir siap.  Tak lama lagi boleh menggunting rambut dengan Saiful.  Tentu cantik guntingannya.  Tengok ajelah rambut dia.  Cantik kan?

     Pasal rambut cantik ni, ku teringat satu cerita yang kudengar ketika ku remaja.  Ceritanya begini:

     Selamat mahu bergunting rambut kerana sudah empat bulan dia tidak bergunting sejak berada di dalam hutan kerana menyiapkan kerja-kerja surveyor yang digalasnya.  Bau rambutnya, dia sendiri tidak tahan.  Lalat sentiasa mengikutnya kemana-mana.

     Selamat masuk ke sebuah pekan kecil yang di dalamnya terdapat dua buah kedai gunting; "Kedai Gunting Selamat" dan "Kedai Gunting Rambut Ceria" yang terletak di kiri kanan jalan yang merentasi pekan itu, berhadapan di antara satu sama lain.  Untuk mendapatkan tukang gunting terbaik di pekan itu, Selamat bertekad untuk melihat sendiri kemampuan tukang gunting di kedua-dua kedai itu.  Dia pun masuk ke "Kedai Gunting Selamat" di kiri jalan.  Dia melihat dua buah cermin di dinding, menghadap satu sama lain.  Di satu sudut terdapat satu longgokan rambut.  Dua buah kerusi gunting terletak di bahagian tengah kedai; seorang lelaki (mungkin dia tukang gunting) sedang tekun menggunting rambut seorang pelanggan yang duduk di atas salah sebuah kerusi tersebut.  Dia berpakaian kemas tetapi rambutnya kelihatan panjang dan tidak terurus.  Dia mendongak lalu tersenyum kepada Selamat.

     "Sila duduk tuan.  Tuan nak gunting?  Sebentar ya?"  Sapanya.

     Selamat mengucapkan terima kasih dan berlalu untuk pergi ke "Kedai Gunting Rambut" Ceria di seberang jalan.  Apabila dia masuk, seperti di "Kedai Gunting Selamat", dia melihat dua buah cermin di dinding, menghadap satu sama lain.  Di satu sudut terdapat satu longgokan rambut yang agak besar.  Dua buah kerusi gunting terletak di bahagian tengah kedai; seorang lelaki (mungkin dia tukang gunting) sedang tekun menggunting rambut seorang pelanggan yang duduk di atas salah sebuah kerusi tersebut.  Dia berpakaian kemas dan rambutnya kelihatan pendek dan kemas.  Dia mendongak lalu tersenyum kepada Selamat.


     "Sila duduk tuan.  Tuan nak gunting?  Sebentar ya?"  Sapanya
     Selamat serba salah.  Mana satu tukang gunting yang dia nak pilih?  Kalau anda, bagaimana?

Saturday, November 6, 2010

Rumah Gunting Baru

     Salam.  Nampaknya adinda Saiful sedang rancak membina rumah gunting di depan rumah Abah.  Semoga bisnisnya akan berjaya. Ameen...

Saturday, September 25, 2010

Anak-Anak Mak Enchik Tuminah

1.  Rohaizah
2.  Rosli
3.  Borhanudin (Borhan)
4.  Badariah (Badar)
5.  Mohamad Fuad
6.  Fuadah
7.  Mohamad Yazid
8.  Noryazidah
9.  Mohamad Muzaffar
10.  Mudzaffarah

Mak Encik Tuminah dan Pak Cik Md Dali

     Mak Encik Tuminah bte Hj Sirat, Lahir 1934, dan meninggal dunia pada 15 Disember 2007.  Menjadi guru agama Islam, pernah mengajar di Sek. Agama Parit Kadhi, Sek. Agama Ayer Hitam Bati 18 Muar dan Sekolah Agama Parit Zin, Muar.  Anak Embah Jamilah yang ketujuh daripada delapan beradik.  Bersuamikan Pak Cik Mohd Dali bin Melan dari Kampung Tengah Bakri Muar.





     Pak Cik Mohd Dali bin Melan. Lahir 1930, meninggal dunia pukul 12.00 tengahari Jumaat 12 Ramadhan 1429 bersamaan 12 September 2008, sembilan bulan selepas kematian bonda Hjh Tuminah.  Nombor peket kuburan C8026.  Menjadi guru agama Islam, pernah mengajar di Sek Agama Rakyat Seri Bukit Batu, Ayer Hitam, Simpang Jeram.

Keluarga Mak Encik

     Salam semua.  Ini keluarga Mak Encik.  Akan update dari semasa ke semasa. Terima kasih.