Tuesday, December 7, 2010

Mana Satu Nak Pilih?

     Salam.  Dah lama tak update blog ini.  Sibuk dengan perkara lain.  Nampaknya rumah gunting adinda Saiful dah hampir siap.  Tak lama lagi boleh menggunting rambut dengan Saiful.  Tentu cantik guntingannya.  Tengok ajelah rambut dia.  Cantik kan?

     Pasal rambut cantik ni, ku teringat satu cerita yang kudengar ketika ku remaja.  Ceritanya begini:

     Selamat mahu bergunting rambut kerana sudah empat bulan dia tidak bergunting sejak berada di dalam hutan kerana menyiapkan kerja-kerja surveyor yang digalasnya.  Bau rambutnya, dia sendiri tidak tahan.  Lalat sentiasa mengikutnya kemana-mana.

     Selamat masuk ke sebuah pekan kecil yang di dalamnya terdapat dua buah kedai gunting; "Kedai Gunting Selamat" dan "Kedai Gunting Rambut Ceria" yang terletak di kiri kanan jalan yang merentasi pekan itu, berhadapan di antara satu sama lain.  Untuk mendapatkan tukang gunting terbaik di pekan itu, Selamat bertekad untuk melihat sendiri kemampuan tukang gunting di kedua-dua kedai itu.  Dia pun masuk ke "Kedai Gunting Selamat" di kiri jalan.  Dia melihat dua buah cermin di dinding, menghadap satu sama lain.  Di satu sudut terdapat satu longgokan rambut.  Dua buah kerusi gunting terletak di bahagian tengah kedai; seorang lelaki (mungkin dia tukang gunting) sedang tekun menggunting rambut seorang pelanggan yang duduk di atas salah sebuah kerusi tersebut.  Dia berpakaian kemas tetapi rambutnya kelihatan panjang dan tidak terurus.  Dia mendongak lalu tersenyum kepada Selamat.

     "Sila duduk tuan.  Tuan nak gunting?  Sebentar ya?"  Sapanya.

     Selamat mengucapkan terima kasih dan berlalu untuk pergi ke "Kedai Gunting Rambut" Ceria di seberang jalan.  Apabila dia masuk, seperti di "Kedai Gunting Selamat", dia melihat dua buah cermin di dinding, menghadap satu sama lain.  Di satu sudut terdapat satu longgokan rambut yang agak besar.  Dua buah kerusi gunting terletak di bahagian tengah kedai; seorang lelaki (mungkin dia tukang gunting) sedang tekun menggunting rambut seorang pelanggan yang duduk di atas salah sebuah kerusi tersebut.  Dia berpakaian kemas dan rambutnya kelihatan pendek dan kemas.  Dia mendongak lalu tersenyum kepada Selamat.


     "Sila duduk tuan.  Tuan nak gunting?  Sebentar ya?"  Sapanya
     Selamat serba salah.  Mana satu tukang gunting yang dia nak pilih?  Kalau anda, bagaimana?